Tuesday 10 November 2020

DAP sedia tolak Belanjawan 2021 sekiranya peruntukan JASA diteruskan



Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini menyuarakan pendirian partinya di atas pembentukan semula unit propaganda kerajaan, Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dengan peruntukan RM 85.5 juta yang dibentangkan dalam Belanjawan 2021.

Ahli parlimen Bagan itu memberitahu, ahli-ahli parlimen DAP bersedia bersama-sama ahli-ahli parlimen lain untuk menolak belanjawan sekiranya peruntukan kepada Jasa tidak ditarik balik.

Guan Eng berkata demikian pada sesi perbahasannya bagi Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Sumber: 

https://www.kinitv.com/video/0b41f5f7-3a54-4f01-b9eb-8c5ed480d801?fbclid=IwAR2Vr0H_3WhEci_AmHT1LSNVRWLdC8JvQtqvzYZaDutm6so4G41LQjGr_aI 

No comments:

Post a Comment