Monday 23 November 2020

Belanjawan 2021 perlu ditolak tanda protes terhadap peruntukan pendidikan



Sekiranya Belanjawan 2021 di tolak ketika hari pengundian 26 November ini, ianya kemungkinan sebagai tanda penolakan ahli-ahli Parlimen terhadap peruntukan sektor pendidikan.

Naib Ketua Pemuda AMANAH Gombak, Syazmir Hariz Noorazalan berkata, peruntukan dalam sektor pendidikan dilihat tidak memberi apa-apa impak kepada pemulihan pasca Covid-19 biarpun dikatakan peruntukan paling besar.

“Jika penolakan belanjawan ini nanti berlaku, ia merupakan isyarat jelas dari ahli Dewan Rakyat yang tidak berpuas hati terhadap peruntukan diberikan termasuk pendidikan.

“Bukan sahaja peruntukan untuk pemulihan operasi sekolah dikurangkan, malah peruntukan yang besar untuk fizikal sekolah hanya melibatkan kurang dari 100 buah sekolah seluruh Malaysia.

“Ini belum termasuk pengurangan jumlah peruntukan untuk sekolah tahfiz walaupun kerajaan dikatakan kerajaan melayu Islam,” katanya dalam satu kenyataan.

Lebih malang katanya, belanjawan untuk Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) juga sama sekali tidak memperuntukkan kepada meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran di rumah seperti skim internet percuma untuk pelajar menyertai sesi pembelajaran atas talian.

Justeru itu, beliau menjangkakan kekurangan-kekurangan di dalam sektor pendidikan akan menjadi salah satu faktor ahli-ahli Parlimen menolak belanjawan dalam Dewan Rakyat nanti.

Sumber: https://malaysiadateline.com/tolak-belanjawan-tanda-protes-pada-peruntukan-pendidikan/

No comments:

Post a Comment