Monday 16 November 2020

Mohon tender dibuat secara terbuka supaya rakyat didahulukan, bukan kroni - MP Muar



Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu menjelaskan sama ada mereka akan menggunakan tender terbuka atau rundingan terus berhubung peruntukan komputer riba untuk pelajar, kata Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Ini susulan pengumuman kerajaan yang akan memperuntukkan sehingga RM150 juta untuk menyediakan komputer riba percuma kepada 150,000 pelajar.

Beliau berkata, adalah lebih baik sekiranya kerajaan dapat menggunakan tender terbuka dan bukannya rundingan terus yang menguntungkan kroni dalam penyediaan komputer riba berkenaan.

“Tahniah KPM di atas peruntukan RM150 juta untuk perolehan Laptop bagi 150,000 pelajar.

“Soalan saya, bagaimana proses perolehan RM150 juta ini akan dibuat? Melalui tender terbuka atau rundingan terus?

“Saya mohon ia dibuat secara tender terbuka supaya rakyat yang didahulukan, bukan kroni,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.

Saddiq mengajukan soalan berkenaan selepas beliau tidak dibenarkam mencelah semasa sesi perbahasan Belanjawan Timbalan Menteri Pendidikan tadi.

Pada masa sama, bekas Menteri Belia dan Sukan itu juga bertanya apakah jenis Laptop yang akan dipilih.

Beliau mencadangkan agar kerajaan memilih Laptop yang lebih baik dari Notebook 1 Malaysia yang diberikan semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) dahulu.

“Saya mohon pilih yang terbaik. Bukan specs yang lemah & cepat rosak! Jangan ulang kesilapan lepas. Notebook 1Malaysia yang diberikan, tapi rosak cepat & akhirnya dibakul sampahkan.

“Dahulu RM400juta diperuntukkan untuk Notebook 1Malaysia bagi cikgu cikgu. Apa nasib perbelanjaan RM400 juta ini?

“Saya mohon kita perbaiki proses supaya kesilapan yang lepas tidak berulang lagi,” katanya lagi.

Sumber: https://malaysiadateline.com/buat-tender-terbuka-supaya-rakyat-didahulukan-bukan-kroni-bidas-mp-muar/

No comments:

Post a Comment