Friday, 4 December 2020

Lakar sejarah dunia, MB Perak gagal dapat sokongan undi percaya




 Komen Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Jumaat 4 Disember 2020:

Dewan Undangan Negeri Perak melakarkan sejarah dunia — pencadang dan penyokong usul kepercayaan kepada Menteri Besar mengundi menentang usul mereka sendiri

Dewan Undangan Negeri Perak melakarkan sejarah dunia — apabila kedua-dua pencadang dan penyokong usul kepercayaan kepada Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu, mengundi menentang usul mereka sendiri.

Usul kepercayaan terhadap Menteri Besar ini telah dicadangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Bharu, Abdul Manaf Hashim dan disokong oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kenering, Mohd Tarmizi Idris, di mana kedua-dua mereka mengundi menentang usul tersebut.

Hasilnya, usul tersebut ditolak dengan undian 10 yang menyokong dan 48 yang menolak, memerlukan seorang calon Menteri Besar yang baharu untuk dilantik. 

Menarik untuk disemak, di mana lagi dalam mana-mana dewan perundangan di dunia, di mana kedua-dua pencadang dan penyokong sesuatu usul itu mengundi melawan usul mereka sendiri. 


Sumber: https://www.roketkini.com/2020/12/04/dun-perak-cipta-sejarah-mb-gagal-dapat-sokongan-undi-percaya/?fbclid=IwAR2veiaS4mHgFCpvBqkur7mgnvPOcWheR92HDjV9XAu7va_zy7z_8xZ5KJc

No comments:

Post a Comment