Thursday 3 December 2020

"REE di Kedah bernilai RM43 trillion", Pengumuman MB Kedah tidak masuk akal



Pengumuman Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Mohd Nor bahawa di Sik ada deposit Rare Earth Element (REE) bernilai RM43 trillion dan kemudian diperbetulkan kepada RM62 bilion adalah tidak masuk akal dan merapu.

Bahkan bagi sesetengah pihak pula, ia adalah alasan untuk mengambil kayu balak di hutan simpan di kawasan berkenaaan.

Bagi Ahli Parlimen Kulim, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, angka RM43 trilion yang diumumkan oleh Sanusi adalah tidak masuk akal.

“Angka RM43 trillion tak masuk akal, angka RM62 bilion juga merapu,” kata Saifudin, bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu.

Menurut beliau, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia ada simpan data kewujudan di perut bumi Malaysia segala mineral dan galian berharga.

Maklumat ini pula lengkap info peta lokasi, negeri, daerah, anggaran, nilai dan lain-lain, katanya.

“Di Sik REE ini ditemui di hutan simpan bukit enggang di kawasan seluas 50,000 ekar dgn anggaran 250ribu tan bernilai USD3 bilion( lebih kurang 3 x 4.08 = RM12.24 bilion!).

“Mana datang RM62 bilion?” tulis beliau menerusi facebooknya selepas pengumuman dibuat oleh Menteri Besar Kedah dari Pas itu.

MB Kedah itu telah mengumumkan, lesen teroka telah diberikan kepada sebuah syarikat dari Kuala Lumpur.

“Ini proses pertama. Hanya syarikat ini dibenar masuk dan ambil sample tanah untuk dianalisis dan sebagainya.

“Akan ada proses selanjutnya sebelum REE boleh diusaha hasil. Yang perlu diingat lesen teroka ini bukan lesen masuk dan tebang balak lebih-lebih lagi Bukit Enggang ini statusnya hutan simpan,” kata Saifudin bimbang dengan niat sebenar Sanusi mengenainya.

Menurut Setiausaha Agung PKR itu, beliau akan mengikuti dari dekat setiap tindakan kerajaan Kedah dan berkongsi info dengan rakyat Kedah khususnya rakyat Kulim Bandar Baharu.

“Lebih-lebih lagi sebab di Hutan Simpan Gunung Bongsu, Kulim juga ada galian ini di kawasan seluas 62,500 ekar dengan anggaran 312,500 tan bernilai USD3.75bilion.

“Kot-kot laa lepas Sik depa mai kot Kulim pulak,” kata beliau dalam tulisan itu.


Sumber: https://malaysiadateline.com/pengumuman-sanusi-tidak-masuk-akal-atau-merapu-kata-mp-kulim/


No comments:

Post a Comment