Friday 4 December 2020

Tidak peduli isu hak asasi manusia, Kerajaan PN enggan bahas Suhakam



Tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak mahu membahaskan laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) di Dewan Rakyat membayangkan kerajaan ini tidak mengambil berat isu hak asasi manusia.

Bekas Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Mohamed Hanipa Maidin berkata, ia jauh berbeza dengan sikap yang diambil oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini yang buat pertama kalinya membahaskan laporan Suhakam.

“Di zaman PH, buat kali pertama dalam sejarah, laporan Suhakam berjaya DIBAHASKAN di Parlimen. Ianya diakui sendiri oleh YB Menteri Undang-Undang Gomen Tebuk Atap yang khianat,” kata Hanipa dalam tulisannya.

Bagi Hanipa, kerajaan yang disifatkan oleh beliau sebagai ‘Gomen Tebuk Atap’ ini tadak mahu bagi membahaskan laporan Suhakam atas alasan ianya bukan keutamaan.

“Suhakam yang bersusah payah sediakan laporan tersebut dilaporkan kecewa kerana laporan mereka tidak dibahaskan tahun ini di Parlimen,” kata ahli Parlimen Sepang itu.

“Apa maknanya semua ini?” tanya beliau.

Bagi Hanipa, ia mudah sahaja.

“PH yang dapat mandat rakyat komited dan sibuk untuk lakukan reformasi. PN yang khianat mandat rakyat pula sibuk fikir macam mana gomen mereka boleh tak mati setiap hari!” kata beliau.

Sehubungan itu, beliau menyindir Pas yang tidak nampak apa yang sedang mereka sokong sekarang.

“Setara tu pun orang ngaji agama masih tak boleh nampak dan masih boleh sokong dan bersama dengan Gomen Tebuk Atap yang khinat.

“Maaf lah jika saya kata bahawa Mat Bangla yang kerja kat pam minyak di stesyen minyak jauh lebih mulia lah!” kata beliau lagi.


Sumber: https://malaysiadateline.com/hak-asasi-manusia-tidak-penting-di-zaman-pn-dakwa-hanipa/

No comments:

Post a Comment