Wednesday 26 August 2020

Lim Guan Eng bakal dedah ‘pembohongan besar’ Zafrul pagi ini

 


Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng bakal mendedahkan “pembohongan besar oleh Menteri Kewangan Perikatan Nasional (PN)” hari ini.

Beliau yang juga bekas Menteri Kewangan menegaskan kebenaran akan terbukti dalam sidang akhbar di Parlimen pukul 11 pagi nanti.

Kenyataan Lim itu dipercayai berhubung senarai 101 projek secara rundingan terus bernilai RM6.61 bilion yang diluluskan ketika pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Berani kerana benar.

“Pembohongan besar oleh menteri kewangan PN. Kebenaran akan didedahkan esok. Nantikan,” kata Lim lagi.

Semalam, Zafrul mendedahkan perincian senarai 101 kontrak yang dikatakan diberi melalui rundingan terus ketika pentadbiran PH selepas tiga hari memberitahu hal tersebut secara umum di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, Lim dalam sidang media kelmarin, mengakui meluluskan projek itu dan menyifatkan ia perkara lumrah serta tidak bercanggah dengan peraturan kerajaan.

Katanya jumlah tersebut cuma mewakili empat peratus daripada keseluruhan nilai pembangunan atau 1.4 peratus berbanding jumlah perolehan sepanjang 22 bulan pentadbiran kerajaan sebelum ini.

No comments:

Post a Comment