ULASAN l "Komunis, bersekongkol dengan negara asing dan mencabul hak Melayu." Keseluruhan ayat ini terdengar seperti karya fiksyen: momokan Melayu paling utama.
Ini adalah dongeng yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi dan saya adalah seorang daripada mereka yang terpesona dengan kisah seperti itu pada usia muda. Cerita mengenai seorang ahli politik dari DAP. Cerita mengenai Lim Guan Eng.
Ketika saya mula berkhidmat dengan kerajaan ketika itu yang dipimpin oleh Najib Razak, saya melihat Lim Guan Eng, yang popular dikenali sebagai LGE, dari jauh sebagai seseorang yang harus saya waspada, seseorang yang, jika orang Melayu tidak berhati-hati, akan menggigit hak Melayu di belakang mereka, dan kemudian meludahnya.
Saya tidak bersendirian, banyak lagi orang Melayu merasakan hal yang sama. LGE berjaya dijadikan momokan kepada orang Melayu. Seseorang yangdahagkan kuasa yang ingin mendapatkan takhta untuk memijak orang Melayu.
Tanpa diduga, berkat takdir, saya akhirnya berada di lorong bertentangan, bukan sekadar berjuang untuk tujuan yang sama tetapi bekerjasama untuk memastikan masa depan negara kita tetap mempunyai harapan. Ketika itu, saya mula menyedari bahawa lelaki yang selalu dimomokan itu sebenarnya tidak begitu mementingkan kuasa. Dia hanya seorang negarawan - matlamatnya cuma satu, matlamat mendorongnya menceburi politik pada tahun 1980-an, satu matlamat untuk membina sebuah Malaysia yang lebih baik.
Ketika itulah saya mula mengenalinya dengan lebih dekat dan mereka yang menyokong dan mengikuti karier politik LGE akan mengetahui bahawa lelaki itu adalah seorang pejuang dan bersedia untuk berusaha memastikan bahawa keadilan bukan hanya didengar sebagai slogan, tetapi dilihat berfungsi. Dia pernah dihumbankan ke penjara semata-mata kerana mahu memastikan gadis bawah umur yang menjadi mangsa pemerkosaan mendapat keadilan.
Walaupun di penjara, LGE tidak melupakan perjuangan. Dia boleh hanya diam dan menikmati kuasanya sebagai seorang wakil rakyat, tetapi dia memilih untuk berjuang. Perkara yang menyedihkan adalah tidak banyak rakyat, khususnya orang Melayu, tahu mengenai perkara ini, terutamanya hakikat bahawa gadis bawah umur itu berbangsa Melayu dan seorang lelaki Cina sanggup membantu dan akhirnya dipenjara kerana cuma mendapatkan keadilan buatnya.
Ketika dan kisah seperti ini adalah cerita yang harus diberitahu secara terbuka untuk menunjukkan apa yang dilakukan oleh rakyat Malaysia sejati. Ini adalah jenis cerita yang perlu disebarkan untuk menghilangkan mitos LGE sebagai momokan.
Bergerak ke depan, semasa detik bersejarah Mei 2018, LGE dilantik sebagai menteri kewangan. Sekali lagi, dia dijadikan momokan bahawa lelaki Cina itu akan mengekang hak orang Melayu dan kedudukan menteri kewangan tidak seharusnya diberikan kepada orang Cina. Sekali lagi, ramuan rasis disebarkan untuk menyemai kebencian. Ini bukan perkara baru. Perkara itu pernah terjadi sebelum ini ketika mendiang Tan Siew Sin bertugas sebagai menteri kewangan di bawah perdana menteri pertama dan kedua.
Saya tidak akan berbohong. Bekerja dengan LGE bukannya mudah seperti berjalan-jalan di taman. Bukannya dia secara terang-terangan menolak idea dasar kamu tetapi kerana dia (dan saya yakin masih) sangat tegas dalam memastikan cara setiap satu sen duit negara ini akan dibelanjakan dengan bijak dan bertanggungjawab. Dia adalah orang yang sangat terperinci yang menyusun kertas dasar bersama menteri yang mencadangkannya dan berusaha dengan tekun untuk menjadikannya lebih baik.
Dia adalah antara arkitek terhebat di sebalik Malaysia @ Work yang kini terbengkalai. Ini adalah rancangan induk bernilai RM6.5 bilion untuk memastikan 350,000 pekerjaan dicipta dalam lima tahun. Skim ini ditetapkan untuk memastikan majikan akan mendapat insentif untuk mengupah, dan pekerja mendapatkan gaji yang lebih tinggi jika mereka memenuhi syarat dalam skim tersebut. Ini adalah projek kesejahteraan sosial yang tersusun untuk memastikan pelaburan belia dalam pendidikan tidak akan sia-sia. Sangat menyedihkan bahawa projek besar yang menggabungkan usaha pelbagai kementerian kini akan menjadi sia-sia.
Bagi saya, secara peribadi, saya berdepan pertarungan berterusan dengan LGE untuk memastikan belanjawan yang lebih besar untuk kementerian saya, Belia dan Sukan ketika itu. Tetapi dengan dirinya sebagai menteri kewangan membuat saya begitu teliti dan mencabar saya untuk mencuba penyelesaian kreatif untuk memastikan mendapat peruntukan lebih besar.
Motonya adalah, "tidak ada gunanya membuat besar-besaran jika rancangan itu tidak akan bertahan lama." Jadi, kami mencadangkan belanjawan sukan yang lebih besar melalui pemotongan cukai gula dan pemotongan yang lebih besar dari Sports Toto. Tahap jaminan ini akan mewujudkan ekosistem sukan yang lebih mantap yang memberi keyakinan kepada atlet semasa dan akan datang. Contoh utama ini adalah peningkatan anggaran untuk NFDP dan rancangan agresif untuk merekrut lebih banyak atlet wanita melalui Wanita dalam Sukan.
Saya memahami tugas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, saya memohon agar rakyat Malaysia tidak cepat menilai. Walaupun kes terhadap LGE ini akan diadili di mahkamah, saya mahu semua rakyat Malaysia memberinya ruang untuk membersihkan namanya.
Saya percaya pada Lim Guan Eng yang saya kenali. Seorang lelaki berprinsip.
No comments:
Post a Comment