Sidang media tergempar Pas Selangor yang dijadualkan berlangsung pada jam 10 pagi tadi terpaksa ditangguhkan.
Dengan alasan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, majlis
penyerahan borang ahli Pas dari bekas aktivis Parti Amanah tidak
berlangsung walaupun ia telah diwar-warkan secara gah sejak semalam.
Dalam siaran langsung yang dibuat di laman Facebook Pas Selangor selama
52 minit, tidak ada seorang individu pun yang muncul sebaliknya hanya
kelihatan alat pembesar suara (microphone) sahaja.
Sejurus berakhirnya siaran langsung tersebut, Setiausaha Pas Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir telah mengeluarkan kenyataan bahawa program tersebut telah ditangguhkan.
Penangguhan majlis tersebut telah mendapat pelbagai reaksi netizen
yang rata-rata menganggap ia adalah satu perkara yang sangat lucu.
Masing-masing mentertawakan tindakan yang disifatkan sangat lawak ini
dan menganggap Pas sangat terdesak hingga terpaksa membuat majlis
seperti ini yang akhirnya dibatalkan.
No comments:
Post a Comment