Najib Razak didakwa memutarbelitkan fakta sebenar berkenaan situasi yang berlaku di Parlimen.
Mantan Perdana Menteri itu dalam hantaran di Facebook mendakwa pembangkang kononnya menolak Rang Undang-undang (RUU) berkaitan belanjawan Covid-19 di Dewan Rakyat, semalam.
Sedangkan, jelas peguam, Syahredzan Johan, RUU yang diluluskan semalam tidak menyentuh tentang Covid-19, sebaliknya berkaitan belanjawan penstrukturan semula peruntukan Kabinet baru yang terbentuk selepas Langkah Sheraton.
“Jangan lupa, Kabinet baru ini lebih besar berbanding Kabinet Pakatan Harapan (PH).
“RUU ini bukan untuk perbelanjaan tentang Covid-19 seperti yang dipropagandakan oleh sesetengah orang.
“RUU perbelanjaan untuk Covid-19 itu baru Bacaan Kali Pertama. Baca, jangan terpedaya!” ujar Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu dalam hantaran di Facebook.
Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh turut membidas kenyataan putar belit Najib itu yang disifatkannya sebagai setaraf laskar siber (cybertrooper).
“Mantan PM Najib Razak guna media sosial tahap cybertrooper – tidak baca, tidak tahu apa yang diundi dan main spin sahaja,” kata dalam hantaran di Facebook.
Tegasnya, PH tidak menyokong penambahan Menteri atau Timbalan Menteri yang begitu banyak untuk mengekalkan majoriti Perikatan Nasional (PN).
Untuk rekod, perbahasan RUU belanjawan Covid-19 masih sedang berjalan di Parlimen.
Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Port Dickson, Anwar Ibrahim antaranya meminta suntikan dana yang lebih tinggi supaya manfaat sampai kepada rakyat.
Ini bagi meringankan beban rakyat yang terkesan ekoran penularan wabak tersebut. – Roketkini.com
No comments:
Post a Comment