Saturday, 22 August 2020

Khairuddin didenda RM1,000, netizen tidak puas hati serang FB KKM

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan kompaun RM1,000 ke atas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Dato Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali setelah didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 7) 2020, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1 998 [Akta 342].

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Khairuddin gagal mematuhi peraturan dibawah Akta 342, Pegawai Diberi Kuasa (PDK) beliau telah menjelaskan kompaun tersebut pada 7 Ogos 2020.

KKM yang baru mengeluarkan kenyataan di facebook rasminya yang tidak sampai 10 minit telah dihujani komen-komen netizen yang menyerang dan tidak berpuas hati dengan denda yang dikenakan terhadap Menteri Pas itu.

Sehingga kini FB KKM menerima hampir 500 komen daripada netizen;

“Antara dua darjat. Ahli politik dan rakyat biasa,” komen Firdaus Yusof.

“Undang2 double standard….Btol lah undang2 ade 2 set…Satu set utk rakyat marhein. Satu set utk pemimpin politik..,” tulis Mohd Al Fuad.

“double standard detected ! KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA,” komen Sharifah Nur Mardhiah.

“Penjara,” komen Syamin Afiq.

“Hahahahaha gelang pink pun dia tak pakai. 1 hal dah lah. Orang lain kena denda beribu dengan alasan pergi sana sini. Yang ni lagi melampau dia pergi, kena bayar 1k je? Gila biased,” kata Asyikin Musa.

“Kenapa 7 ogos kena kompaun , tapi si trtuduh xpernah bgtau pun yg dia dh dikompaun? Adakah ini hanya utk menutup mata,” kata Mohamad Zyani.

No comments:

Post a Comment