Wednesday 12 August 2020

Tak pernah dijual ,Timbalan Menteri akui aset TH dipindah




Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Abd Rahim Bakri hari ini mengakui beberapa aset Tabung Haji tidak pernah dijual semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH), bahkan ianya hanya ‘dipindahkah’ kepada syarikat tujuan khas (SPV) Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB).

Beliau berkata demikian menjawab persoalan Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa (PH-Parit Buntar) hari ini yang meminta agar Menteri memberikan fakta sebenar sama ada aset TH dipindahkan atau dijual ke UJSB.

Jawapan Timbalan Menteri itu sekaligus mematikan dakwaan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (BN-Arau) yang berulang kali menuduh dan mempersoal mengapa saham yang dipindahkan itu dijual kepada UJSB.

Mujahid ketika menjawab tuduhan Arau, beliau berkata bahawa pada 2019, UJSB memberi sebanyak RM100 Juta kepada TH sebagai bayaran untuk empat saham tidak patuh syariah yang telah ‘dipindahkan’ ke badan tersebut.

Manakala pada Disember 2020, badan terbabit akan melakukan lagi satu pembayaran kepada TH sebanyak RM200 juta, di mana keseluruhan perpindahan kepada UJSB membabitkan kira-kira RM19.9 bilion.

Aset TH juga terbukti tidak pernah dijual apabila Abd Rahim (Bersatu-Kudat) dalam Sidang Dewan Rakyat tadi memberitahu, maklumat terkini yang diperolehinya menunjukkan aset-aset tersebut dipindahkan dan bukannya dijual.

“Keputusan yang dibuat kerajaan lalu (sama) seperti mana yang dilaksanakan sekarang, iaitu memindahkan sebahagian daripada aset TH kepada UJSB.

“Seperti yang kita maklum bahawa daripada perpindahan itu, kerajaan memberikan jaminan sukuk sebanyak RM19.9 bilion iaitu hampir RM20 bilion daripada aset-aset tersebut.

“Bagaimanapun seperti yang sedia maklum, setakat ini saya dimaklumkan bahawa aset-aset tersebut masih lagi di bawah UJSB dan masih lagi belum disposal,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini



 

No comments:

Post a Comment