Thursday, 20 August 2020

Khairudin juga dikecam tak patuh SOP, Selepas kutuk kluster Sivaganga

https://malaysiadateline.com/wp-content/uploads/2020/08/khairudin-langgar-kurantin.jpg


Ketika kluster Sivaganga merebak sehingga menyaksikan peningkatan kes mendadak, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali antara Menteri Perikatan Nasional (PN) yang mengutuk tindakan tidak bertanggungjawab pemilik restoran di Napoh yang tidak menjalankan kuarantin kendiri.

Menerusi hantaran Facebooknya pada 4 Ogos, beliau berkongsi status pengguna bernama Faisal Mustaffa yang menyifatkan punca jangkitan Covid-19 disebabkan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kementerian kesihatan.

“Bermula dengan seorang, dua dan kini (3 Ogos) telah mencecah lebih 20 orang ianya cukup untuk menggegarkan tanah air.

“Puncanya apa? Gagal mematuhi SOP.

“Sekali lagi. Gagal mematuhi SOP,” tulis posting yang dibuat Ahli Parlimen Kuala Nerus itu dalam facebooknya.

Bagaimanapun, posting yang dikongsi Mohd Khairuddin itu mendapat perhatian pengguna Facebook yang meninggalkan komen kecaman dan perlian terhadap beliau.

Pengguna Edy berkata “suruh orang ikut SOP tapi dia sendiri langgar SOP. Pemimpin apa macam ini cakap tak serupa bikin. Pentingkan diri,” katanya.

Pengguna Hadi Fadhli juga meninggalkan komen, “Saya datang dari masa depan. Dengar cerita Menteri tak ingat SOP macam mana?,” perlinya.

Ada juga yang mempersoalkan kebenaran isu yang tersebar ketika ini dan mengapa Menteri terbabit masih tidak mengeluarkan penjelasan mahupun penafian.

“Jangan pandai sembang sahaja. Setakat ini tak ada penjelasan atau penafian dibuat isu tak kuarantin balik dari Turki tu.

“Jangan sampai oranf tengok beginikah ajaran Islam yang dibawa,” kata pengguna Hazwan.

Dilaporkan, Ahli Parlimen Kuala Nerus itu telah berkunjung ke Turki pada 3 hingga 7 Julai lalu atas urusan tidak rasmi dan dilihat hadir ke Parlimen pada 13 Julai.

Susulan itu, ahli Parlimen Teressa Kok mempersoalkan tindakan ahli Parlimen Pas tersebut yang didakwa melanggar SOP Covid-19 kerana tidak menjalani kuarantin wajib seperti yang ditetapkan KKM.

 

No comments:

Post a Comment