Sunday 23 August 2020

Kes Khairuddin: Bola kini dikaki polis dan Peguam Negara- A Kadir Jasin

 

Bola kini terletak di kaki Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Peguam Negara untuk menentu ke mana kes menteri dari Pas, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali hendak dibawa.

Bagi wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenakan hukuman kompaun maksima yang boleh dibuat oleh mereka.

“Menteri inkar kuarantin sudah dikompaun maksimum oleh KKM. Kita tengok pula tindakan PDRM dan Peguam Negara,” tulis bekas Penasihat Media Perdana Menteri itu.

Sebelum ini Bernama melaporkan, Bukit Aman telah membuka kertas siasatan terhadap Khairuddin kerana gagal mematuhi kuarantin wajib di rumah.

Timbalan Pengarah Siasatan dan Peundangan, Jabatan Siasatan Jenayah, DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata, sehingga kenyataan beliau itu, 27 laporan polis diterima seluruh negara berhubung perkara berkenaan.

No comments:

Post a Comment