Pemimpin Perikatan Nasional (PN) terus tidak mengendahkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di negara ini.
Terbaru, Menteri Perikatan Nasional (PN), Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri didakwa melanggar SOP Covid-19 apabila tidak melakukan kuarantin wajib selepas pulang dari luar negara awal bulan ini.
Tindakan itu mendapat kecaman pelbagai pihak yang membandingkannya dengan kejadian seorang pelajar didenda sebanyak RM1,000 kerana tidak memakai pelitup muka dengan sempurna di tempat awam.
Sumber terdekat pemimpin PAS itu seperti dilapor media berkata
Khairuddin menjalani pemeriksaan dan ujian khas Covid-19 sebaik tiba di
tanah air dari luar negara pada 7 Julai lalu dan disahkan negatif wabak
itu.
Namun, bagi Ahli Parlimen Damansara Utama, Tony Pua, alasan berkenaan tidak boleh diterima kerana setiap rakyat Malaysia termasuk pemimpin yang pulang dari luar negara wajib menjalani kuarantin kendiri.
“Ujian Covid-19 negatif maksudnya tak perlu duduk di hospital.
“Tak bermaksud tak perlu kuarantin! Pulang dari luar negara wajib kuarantin!
“Virus memakan masa sehingga 14 hari untuk berkesan,” tegasnya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Untuk rekod, kerajaan mewajib setiap rakyat Malaysia yang baru tiba atau pulang dari luar negara untuk menjalani kuarantin wajib 14 hari. — Roketkini.com
No comments:
Post a Comment