Friday, 14 August 2020

Mujahid tegur Azeez yayasan TH sepatutnya tidak boleh terima dana dari Umno

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menegaskan bahawa Yayasan Tabung Haji tidak sepatutnya menerima dana dan sumbangan dari mana-mana parti politik.

Ia selepas pengakuan bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim bahawa Yayasan TH pernah menerima dana sehingga RM8 juta daripada Umno dan rakan-rakan politik yang lain.

Beliau ketika menafikan dakwaan telah menyalahguna tabung Yayasan TH itu berkata, cerita yang disebarkan itu sebenarnya sudah terbalik dari kedudukan cerita asal yang sebenar.

Katanya, beliau tidak pernah menyalahguna wang Tabung Yayasan TH, sebaliknya agensi itu menerima sumbangan politik atas dasar ingin mengagihkan kepada asnaf.

“Saya tak pernah dituduh satu kes pun atas nama Tabung Haji. Berkenaan isu salahguna wang Yayasan tadi, ceritanya sudah terbalik dari cerita sebenar.

“Tiap-tiap tahun TH akan keluarkan zakat kepada asnaf. Ketika itu harga sawit dan harga getah tengah jatuh. Jadi parti Umno telah memberi wang RM8 juta kepada yayasan TH dan sumbangan dari rakan-rakan,” katanya ketika sesi perdebatan Berani Bersemuka di Sinar Harian hari ini.

Ia kemudiannya ditegaskan Mujahid, bahawa agensi TH tidak boleh menerima apa-apa sumbangan mahupun dana dari parti-parti politik.

“Tadi dia (Azeez) kata Yayasan terima RM7 juta dari Umno Sebenarnya Yayasan Tabung Haji tak boleh terima duit dari politik” katanya.

Untuk rekod pada 2017, Azeez pernah didakwa menggunakan wang dalam Yayasan TH untuk pemberian sumbangan Program Ziarah Ramadannya.

No comments:

Post a Comment