Wednesday 19 August 2020

Khairuddin tidak bertanggungjawab, 3 hari lepas balik dari Turki terus hadiri program

Ini gambar-gambar yang diambil 3 hari balik dari Turki tanpa kuarantin. Beliau merasmikan program Seminar Usahawan Coklat di sebuah Hotel. Yang hadir tu semua bos-bos syarikat. Bila balik mereka akan bertemu staf dan pekerja mereka. Apa yang terjadi kiranya beliau membawa virus tersebut? Mala petaka yang lebih besar mengalahkan kluster Sivagangga.

Kita bernasib baik kerana kluster Sivagangga hanya tersebar di daerah yang agak kecil kerana epicenternya adalah sebuah restoran di daerah tersebut. Tetapi sekiranya berlaku kluster Takiri, ianya bukan satu daerah, tapi satu negeri dan negara.

Isu asasnya ialah sikap tidak bertanggungjawab beliau terhadap keselamatan rakyat dan negara.

Beliau juga hadir ke Sidang Parlimen tanpa kuarantin. Ahli-ahli Parlimen dari seluruh negara hadir sidang parlimen. Sekiranya berlaku jangkitan semasa Sidang Parlimen, virus ini akan terus merebak ke 222 kawasan parlimen di seluruh negara.

Macam mana boleh dipilih jadi menteri.



sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10207851178232854&id=1697373867

No comments:

Post a Comment