Pakatan Harapan (PH) sedia mempertimbangkan untuk menerima masuk parti baharu yang bakal ditubuhkan kumpulan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam gabungan itu bagi menguatkan barisan pembangkang.
Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keterbukaan menerima parti baharu itu bergantung kepada permintaan dibuat pihak Dr Mahathir jika ingin menyertai kembali PH.
Menurutnya, buat masa ini, pihaknya mengambil pendekatan tunggu dan lihat sejauh mana perkembangan parti pimpinan Mahathir tersebut.
“Tun baru nak umumkan nak tubuh parti baharu, jadi kita tengoklah. Sekiranya dia (Mahathir) minta kita pertimbanglah, biar dia minta dulu,” katanya ketika ditemui media selepas Program Jelajah Presiden PKR Peringkat Selangor di Kediaman Menteri Besar, malam ini.
No comments:
Post a Comment